Pages

Sunday, 30 September 2012

Young Emulsion

Multivitamin kegemaran kanak-kanak


Well3 Young Emulsion adalah makanan tambahan pertama seumpamanya hasil gabungan minyka kelapa sawit merah berkualiti tinggi dan diperkaya dengan 11 jenis vitamin. Ia diproses melalui teknologi terkini agar ia enak dimakan, berbau wangi dan sesuai untuk seisi keluarga. Ia dibungkus secara individu bagi mengelakkan pengoksidaan dan mudah dibawa kemana-mana.

Kesan Utama

Keperluan Tumbesaran Kanak-Kanak
  • Kaya dengan DHA, EPA dan taurina, penting untuk perkembangan minda
  • Kaya dengan beta karotena yang merupakan unsur penting untuk perkembangan daya penglihatan
  • Mengandungi serat makanan larut air yang menggalakkan proses pencernaan dalam usus
  • Mengandungi vitamin B kompleks, biotin dan asid folik yang penting untuk proses penjanaan tenaga dan kecergasan
  • Mengandungi Vitamin D yang menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus
Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh
  • Mengandungi Vitamin D, E dan beta karotena semula jadi dengan fungsi antioksida untuk menghapuskan radikal bebas
  • Mengandungi Vitamin A, B, C dan E yang penting bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh
Meningkatkan Kesihatan Jantung
  • Minyak kelapa sawit merah kaya dengan lemak-lemak tak tepu yang terbukti baik untuk kesihatan. Ia juga mengandungi Vitamin E yang lengkap iaitu Tocotrienol dan Tocoperol. Minyak kelapa sawit merah adalah sumber Tocotrienol yang paling tinggi dan telah terbukti bahawa Tocotrienol dapat meningkatkan kesihatan jantung.

(30 stik x 20g)
Harga : RM 33.60  w.m
              RM 33.60  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.


Young Intelmax

Makanan kesihatan terbaik untuk otak


Era ke-21 menjadi saksi perkembangan pesat teknologi maklumat dan penekanan pada hasil dan keberkesanan. Daya pembelajaran yang tinggi, daya ingatan yang baik, kreativiti, fikiran yang jelas dan kepintaran adalah kunci untuk mengekalkandaya saing dan cerdas. Justeru itu dalam era ini, menjaga kecerdasan otak adalah tanggungjawab sepanjang hayat.

Well3 Young Intelmax adalah nutrien tambahan untuk menguatkan fungsi dan kecerdasan otak yang dihasilkan oleh Universiti Perubatan Cina, Beijing .
Mengapa Intelmax adalah makan terbaik untuk otak? Ini kerana kandungan utama intelmax terdiri daripada herba-herba yang telah dikaji oleh gabungan beberapa institut perubatan di Cina, yang memakan masa 14 tahun. Kajian klinikal yang berlangsung selama 3 bulan di Universiti Perubatan Cina, Beijing ke atas 80 kanak-kanak mendapati 90% daripada mereka menunjukkan kesan kecergasan otak yang positif.

KANDUNGAN HERBA DALAM YOUNG INTELMAX
  • Walnut (semen juglandis) - mengandungi Vitamin B1 (thiamine) dan asid folik untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi
  • Longan atau buah mata kucing (arrilus longan extract) - air daripada buah longan membantu mengatasi perasaan lemah, hilang konsentrasi dan keletihan kronik. Juga merupakan penghasil tenaga yang baik dalam tubuh
  • Chinese wolfberry (fructus licii extract) - mengandungi Vitamin C lima ratus kali ganda berbanding buah oren, lebih 18 jenis asid amino, beta carotene, Vitamin B1, B6 dan E; untuk meningkatkan tahap tenaga dalam tubuh
  • Hoelen (poris cocoa extract) - sejenis cendawan China yang mengandungi serat untuk mendorong ketenangan minda
  • Lily bulb (bulbus lilii extract) - mengandungi sejumlah kecil kalsium, zat besi, fosforus, Vitamin B1, B2 dan C untuk membantu menangani masalah keletihan
  • Biji jujube (semen ziziphi spinosae extract)
  • - juga dikenali sebagai kurma merah (red date) atau kurma China (Chinese date) untuk membantu menangani stres

KESAN UTAMA:

Meningkatkan kecergasan otak
  • Bekalan darah dan oksigen yang mencukupi kepada otak membolehkan otak berfungsi dengan cergas. Lily bulb, jujube Seed, longan, hoelen dan glukosa berkhasiat melawan keletihan, meningkatkan daya tahan terhadap kekurangan oksigen, menambah bekalan darah ke otak dan meningkatkan paras tenaga dalam otak.
Meningkatkan daya tumpuan
  • Lily bulb, Jujube Seed dan Hoelen dapat menentang keletihan, meningkatkan daya tahan terhadap kekurangan oksigen, menenangkan minda dan saraf, meningkatkan daya tumpuan dan daya imunisasi

Meningkatkan daya ingatan
  • Mengandungi pelbagai asid amino, vitamin, mineral (fosforus, zat besi), asid linoleik dan polisakarida yang berkhasiat untuk kesihatan otak.. Ramuan ini berupaya meningkatkan paras sefalin, merangsang aktiviti saraf otak, meningkatkan daya sensitiviti penerimaan isyarat dan penyimpanan ingatan yang seterusnya meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar.





Saranan Pengambilan
  • Kanak-kanak   :  2 tablet sehari
  • Dewasa            :  4 tablet sehari

(30 biji)
Harga : RM 78.00  w.m
             RM 78.00  e.m

(60 biji)
Harga : RM 150.00  w.m
             RM 150.00  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

IgMax Chewable Colostrum Tablet

Untuk tumbesaran dan pencegahan penyakit


Kolostrum ialah susu yang diperolehi sebaik sahaja mamalia betina melahirkan anak. ia adalah makanan semula jadi pertama diberikan kepada bayi. Kolostrum mengandungi faktor imun, faktor pertumbuhan, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk mengatur segala proses dalam tubuh. Pakar perubatan juga telah membuktikan bahawa molekul kolostrum daripada lembu bukan sahaja sama dengan faktor imun dan faktor pertumbuhan kolostrum manusia, malah khasiatnya adalah lebih tinggi.

Kesan Utama :

Faktor Imun
  • Mengandungi 15% imunoglobulin yang mengatur sistem imun badan (IgG, IgA, IgD, IgE, IgM, lactoferrin, lactoperoxidase, lysozyme). Penting untuk melawan virus, bakteria, fungus, punca alahan dan toksin
  • Tahap antigen yang tinggi untuk mencegah tubuh badan daripada serangan mikroorganisma yang banyak


Faktor Pertumbuhan
  • Bahan yang merangsang pertumbuhan normal (IgF-1, IgF-2, TGF), pembentukan otot, kolagen, tulang dan saraf serta melambatkan proses penuaan.
  • Berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan semula dan pemulihan sel-sel tubuh, memperbaiki daya penyerapan nutrien, menguatkan tulang, memulihkan ketegangan kulit, meningkatkan stamina, menambahkan otot tanpa lemak, memperbaiki daya ingatan, mengekalkan paras gula darah yang normal, menghapuskan lemak dan memantapkan emosi


Berfungsi untuk mempertingkatkan keupayaan mental dan penglihatan (omega 3)

Menguatkan tulang dan gigi (kalsium susu)


(120 biji x 600mg)
Harga : RM 47.40  w.m
             RM 47.40  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

BioPlus

Tingkatkan kuantiti bakteria baik untuk kesihatan gastrousus


Menurut laporan Pendaftar Kanser Kebangsaan (National Cancer Registry), pembunuh utama golongan lelaki dan kaum wanita di Malaysia adalah kanser kolorektal. Di kalangan wanita, kanser kolorektal merupakan pembunuh kedua.

Kita mungkin anggap perut tidak selesa suatu masalah biasa, tetapi ia mungkin disebabkan oleh simpton kolorektal. "Bakteria baik meningkatkan kesihatan usus" adalah konsep kesihatan yang popular. Bacillus dalam yogurt (susu masam) adalah bakteria yang dikenali ramai. Terdapat bakteria baik, bakteria simbiotik dan bakteria berbahaya dalam gastrousus manusia. Dalam tubuh badan yang sihat, semua bakteria tersebut berada dalam keadaan seimbang.

Kesan Utama :

Mempertingkatkan Kesihatan Usus
  • Membantu pergerakan usus dan membantu masalah sembelit
  • Menghasilkan enzim laktosa supaya mengurangkan masalah intoleransi laktosa
  • Menghasilkan beberapa jenis enzim yang dapat meningkatkan penyerapan vitamin dan nutrien

Mempertingkatkan Sistem Imun Badan
  • Probiotik telah terbukti mampu memulihkan serta meningkatkan aktiviti makrofaj dan limfosit, juga mampu membantu membunuh virus dan parasit.
  • Membantu masalah alahan terhadap sesetengah makanan pada kanak-kanak

Menentang Jangkitan Kuman
  • Probiotik memainkan peranan menindas jangkitan kuman
  • Probiotik dapat menghasilkan bahan anti kuman yang menindas pembiakan kuman

Detoksifikasi dan Kecantikan
  • Meningkatkan bilangan bakteria baik untuk menyeimbangkan bakteria berbahaya dalam usus dan meningkatkan kesihatan gastrousus
  • Bakteria baik boleh mencegah karsinogen yang terhasil disebabkan kerosakan makanan.

Sesuai Untuk :

Masalah pencernaan, sembelit, penjagaan usus kanak-kanak, cirit birit, sembelit di kalangan wanita hamil, gas berlebihan dalam usus, najis berbau dan penjagaan kecantikan am


(30 stik x 1.2g)
Harga : RM 60.00  w.m
             RM 60.00  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Tongkat Ali

Meningkatkan kekuatan batin kaum lelaki


Dalam perubatan tradisional, semua bahagian pokok Tongkat Ali berkhasiat untuk rawatan tertentu. Akar tunjangnya terkenal sebagai salah satu bahan utama dalam penyediaan jamu / tonik kesihatan khususnya untuk kaum lelaki. Ekstrak pokok ini digunakan untuk rawatan pelbagi penyakit seperti luka-luka, kurap, sengal-sengal badan, keletihan, sakit pinggang dan memulihkan penyakit lelaki.

Selain itu,Tongkat Ali juga boleh mengurangkan tekanan darah, demam, masalah kesihatan wanita, ulser, sifilis, kencing manis, bengkak kelenjar, disentri dan sebagainya. Analisis makmal mendapati bahawa Tongkat Ali mengandungi sebatian bersifat anti-malaria. Daun Tongkat Ali juga digunakan untuk mengubati sakit kepala. Di Malaysia, Tongkat Ali terkenal bagi meningkatkan kekuatan batin kaum lelaki.

Kesan Utama
  • Meningkatkan kekuatan fizikal lelaki, merangsang rembesan testeron
  • Mengurangkan keletihan dan sakit belakang
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan lelaki

(60 kapsul x 300mg)
Harga : RM 93.60  w.m
             RM 93.60  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Permata Suri

Terbaik untuk kesihatan fisiologi wanita



Wanita zaman moden sering sibuk dengan kerjaya dan berusaha untuk menyeimbangkan kerjaya dengan kehidupan rumahtangga. Justeru itu, ramai wanita menghadapi cabaran untuk mengekalkan kesihatan. Kaum wanita harus mengetahui cara menjaga kesihatan fizikal pada tahap optimum walaupun sesetengahnya menghadapi sindrom pramenstruasi (PMS atau sakit sebelum haid), senggugut, keletihan dan sebagainya yang dapat menjejaskan keupayaan mereka. Well 3 Permata Suri adalah formulasi herba semula jadi yang bermanfaat untuk kaum wanita.

Kesan Utama

Menjaga kesihatan wanita
  • Mengawalatur kitaran haid, rembesan hormon wanita dan mengurangkan masalah berkaitan haid
  • Memulihkan keanjalan otot faraj
  • Mengatasi masalah bau badan
  • Mengurangkan masalah keputihan, kegatalan dan menyingkir anginelancarkan peredaran darah
  • Melancarkan peredaran darah
Meningkatkan kesuburan
  • Mengeratkan hubungan kelamin
  • Membantu proses penyembuhan luka selepas hubungan kelamin
  • Meningkatkan keupayaan mengandung 
Meningkatkan keanjalan otot
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Meningkatkan pengecutan dan keanjalan otot

Kesan pemulihan selepas pengambilan :
Badan terasa panas (selepas 30 - 45 minit pengambilan), badan terasa ringan, bertenaga dan tidak letih, bau air kencing tengik pada mulanya dan kembali normal selepas 3 hari pengambilan, air kencing menjadi kekuningan dan berbuih (selepas 3 - 6 jam)

Perhatian :
Tidak sesuai untuk wanita hamil dan datang haid. Untuk kesan terbaik dan cepat, elakkan hubungan kelamin dalam 3 hari pertama pengambilan dan banyakkan minum air sepanjang pengambilan produk ini. Bagi pesakit asma, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan produk ini. Simpan produk


(330 ml)
Harga : RM 48.00  w.m
             RM 48.00  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

SandFi Cranitine Juice

Pelangsingan yang sihat


SandFi Cranitine Juice ialah minuman yang membantu membakar lemak untuk mendapatkan badan yang langsing. Ia diperbuat daripada campuran 6 jenis buah beri yang kaya dengan antioksidan, bersama dengan sorbitol yang rendah kalori dan fruktosa sebagai pemanis

Kesan Utama :
  • Membakar Lemak
  • Menghapuskan radikal bebas di dalam badan
  • Tidak meningkatkan kadar gula dalam darah

(30 stik x 15g)
Harga : RM 118.00  w.m
             RM 123.00  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Noni Juice

Menghalang penghasilan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan

Well3 Noni Juice mengandungi antioksidan semula jadi yang boleh menghapuskan radikal bebas. Campuran ekstrak buah Noni dan daun Noni kaya dengan nutrien yang boleh menghapuskan radikal bebas dan menguat serta menyihatkan badan.

Kesan Utama :
  • Mengekalkan keseimbangan pH tubuh badan, membantu penyerapan mineral dan vitamin, mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit.
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu penguraian, pencernaan dan penyerapan makanan dan nutrien
  • Meningkatkan keupayaan badan untuk sembuh, bersifat antibakteria dan antivirus
  • Meningkatkan fungsi enzim untuk mengaktifkan sel-sel badan dan meningkatkan sintesis protein
  • Mengurangkan kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan secara berterusan
  • Membantu memulihkan rasa keletihan, meningkatkan kekuatan serta kecergasan fizikal.

(330 ml)
Harga : RM 43.90  w.m
             RM 43.90  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Royal Jelly Vita C

Vitamin asas untuk kesihatan


Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang penting untuk kekal sihat dan juga diperlukan oleh lebih 300 jenis tindak balas biokimia dalam badan kita. Badan manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C dan perlu mendapatkan Vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, Vitamin C tidak stabil dan senang musnah, mengakibatkanVitamin C yang diambil melalui makanan harian tidak mencukupi.

Dalam keadaan biasa, orang dewasa memerlukan 75 - 90 mg Vitamin C setiap hari.. Ibu mengandung / ibu yang menyusukan anak dan perokok masing-masing memerlukan tambahan 45 mg dan 35 mg Vitamin C untuk tujuan antioksida.

Well 3 Royal Jelly Vita C kaya dengan Vitamin C larut air dan boleh diserap terus ke dalam badan. Ia juga diperkaya dengan royal jelly asli untuk meningkatkan nilai nutrisi dan ia sesuai untuk semua golongan.

Kesan Utama
  • Elemen penting untuk pembentukan kolagen dan pembaikan sel
  • Meningkatkan kelancaran kapilari, kesihatan gusi dan gigi
  • Membantu menyembuhkan luka dan memperbaiki kerapuhan tulang
  • Mencegah skurvi
  • Membantu pembentukan tisu kolagen ( Membantu anemia akibat kekurangan zat besi )
  • Membantu penghasilan sel darah merah oleh sum-sum tulang.

(100 biji x 250mg)
Harga : RM 31.20  w.m
             RM 31.20  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

DiaLife

Penyelamat daripada kencing manis (diabetes)


Penyakit diabetes tidak akan mengakibatkan kematian, tetapi komplikasi disebabkan olehnya boleh membawa maut. Apabila anda mengalami simptom seperti kerap kencing dan dahaga, berat badan turun secara mendadak, selera makan naik, daya penglihatan berkurangan, kulit kering, kasar dan sering dijangkiti, maka anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Well3 DiaLife diperbuat daripada 100% formula herba semula jadi yang memenuhi piawaian dan bersih, ramuannya tidak diubahsuai secara genetik dan ia tidak mengandungi bahan alahan. Ia berkonsep perubatan Ayurveda yang menggabungkan 10 jenis herba asli dari India yang berkesan membantu pesakit diabetes. Keberkesanannya terbukti melalui ujian-ujian klinikal.

Kesan Utama :
  • Meningkatkan metabolisme glokosa dalam badan
  • Mengawal paras glukosa darah
  • Membantu sel-sel yang berfungsi menghasilkan insulin supaya menghalang pengoksidaan dan mencepatkan pembentukan sel-sel baru
  • Memulihara pankreas dan sel-sel pengawalatur glukosa
  • Mengurangkan komplikasi diabetes seperti retinopati, penyakit buah pinggang, kerosakan sel saraf, penyakit jantung dan sebagainya.

(60 kapsul x 500mg)
Harga : RM 72.00  w.m
             RM 72.00  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Aangmik DMG

Tujuh paten, anti-kanser dan tingkatkan bekalan oksigen


N, N-dimethylglycine adalah pemangkin yang mempunyai tenaga yang menakjubkan, boleh mengubah dan meningkatkan tahap kesihatan, tenaga serta kecergasan seseorang. Selain meningkatkan fungsi keseluruhan fisiologi badan, ia juga boleh menghalang kemerosotan funsi badan secara semulajadi. N,N-dimethylglycine boleh didapati dalam kuantiti yang kecil di dalam badan atau dari beberapa sumber makanan seperti daging, hati, kacang, serta bijirin. Namun, badan kita sentiasa menghadapi masalah kekurangan N, N-dimethylglycine kerana ia kerap digunakan oleh badan. Maka, kita perlukan makanan tambahan untuk mendapatkan bekalan N,N-dimethylglycine yang mencukupi.

Kesan Utama :
  • Meningkatkan penggunaan oksigen untuk mengurangkan masalah hipoxemia, anemia dan hipoksia
  • Meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit berjangkit, meningkatkan aktiviti antibodi sehingga 400% dan menguatkan sistem imun
  • Anti-virus, anti-bakteria dan anti-tumor boleh mengurangkan keradangan
  • Menurunkan kolesterol, tekanan darah, trigliserida dan melancarkan peredaran darah, supaya perjalanan darah ke jantung menjadi lancar
  • Anti-kanser dan mencegah penyebaran sel kanser
  • Meningkatkan tahap tenaga, ketahanan dan metabolisme otot
  • Meningkatkan bekalan oksigen ke otak dan tubuh badan
  • Meningkatkan fungsi neurologi dan ketenangan mental
  • Membantu pengidap autisme dalam keupayaan berkomunikasi dan bersosial
  • Mengurangkan kekejangan
  • Membantu metabolisme, penyimpanan dan penggunaan glukosa serta menghalang masalah katarak
  • Membantu proses detoksifikasi untuk menguatkan fungsi hati

(30 biji x 125mg)
Harga : RM 75.60  w.m
             RM 75.60  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Gamat

Penyelamat kepada sendi


Gamat dikenali sebagai salah satu ubat tradisional daripada perubatan tradisional Melayu. Selain Malaysia, keberkesanannya juga diselidik secara mendalam di Australia, Eropah, Jepun dan China. Gamat juga dipercayai sebagai khazanah dari laut. Malah, Well3 Gamat merupakan ekstrak gamat yang dirumus bersama Ganoderma Lucidum (Ling Zhi)

Kesan Utama 
  • Membantu dan melegakan sakit sendi dan simptom awal artritis
  • Berkesan menyembuhkan luka luaran dan dalaman
  • Melegakan sakit otot, sakit belakang, sakit perut, asma dan mempunyai fungsi anti-penuaan
  • Merangsang pertumbuhan semula sel-sel dan awet muda
  • Membantu melegakan masalah sistem pernafasan

(30 kapsul x 500mg)
Harga : RM 75.60  w.m
             RM 75.60  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.


Omega 3

Menjaga jantung, jaminan bagi kehidupan


Penyakit kardiovaskular membawa banyak kesan negatif kepada pengidapnya. Persatuan Jantung Amerika (AHA) amat mengesyorkan pengambilan minyak ikan Omega 3 untuk mencegah penyakit kardiovaskular.

Di samping itu, Omega 3 telah terbukti sebagai unsur yang penting untuk perkembangan otak bagi janin dan kanak-kanak. Omega 3 juga merupakannutrien yang penting untuk wanita hamil kerana ia kaya dengan EPA dan DHA.

Kesan Utama
  • Mengekalkan paras kolesterol pada tahap yang sihat
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Anti-radang
  • Meningkatkan perkembangan otak
  • Mengurangkan kemurungan

(30 kapsul x 1200mg)
Harga : RM 76.00  w.m
             RM 76.00  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Royal Ginkgo

Melancarkan peredaran darah dan memelihara mikrovaskular


Pokok Ginkgo telah wujud sekurang-kurangnya 150 juta tahun dahulu. Ahli sains, Darwin, menamakan ginkgo sebagai "fosil hidup". Ginkgo terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana ia berfungsi mengurangkan asma, batuk, sesak dada, sakit jantung dan memperbaiki peredaran darah ke otak, mengurangkan tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Ginkgo mempunyai nilai perubatan yang tinggi kerana kandungannya seperti ginkgo flavonoid, terpene lacton, alkaloid, asid linoleik, fenol, asid quinik, asid askorbik, asid ginkgolik, keton ginkgo dan sebagainya. Bahan-bahan ini mempunyai kesan yang baik terhadap penyakit yang bersangkutan dengan asteriosklerosis dan lipid darah tinggi seperti pening, tangan dan kaki kebas, serta tinnitus. Ia juga berfungsi menguatkan salur darah yang rapuh dan melancarkan peredaran darah.

Kesan Utama :
  • Mencegah penggumpalan platelet
  • Membantu melegakan asma
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, masalah radang dan sebagainya
  • Mengembangkan salur darah untuk melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan peredaran darah ke otak, boleh mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok dan penyakit alzheimer (nyanyuk)
  • Meningkatkan daya penglihatan, menambah pengaliran darah ke bahagian mata.

(60 kapsul x 250mg)
Harga : RM 69.60  w.m
             RM 69.60  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Royal Honey Plus

Madu bermutu tinggi


Madu mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh manusia dan nisbah kandungan vitaminnya adalah seimbang. Di antaranya lebih 92% merupakan bahan aktif dan sangat stabil. Jadi, madu dikenali sebagai makanan kesihatan semula jadi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang dapat memenuhi keperluan manusia. Dalam perubatan tradisional, ia digunakan untuk menguatkan limpa dan perut, merawat usus, sembelit, sakit tekak, batuk dan sakit perut.

Kesan Utama
  • Mengatasi masalah kerongkong dan batuk (Apabila kerongkong terasa sakit, ambil 1 sudu besar madu sebelum tidur tanpa air. Kesakitan akan berkurangan keesokan harinya)
  • Membantu pencernaan dan penyerapan zat serta meningkatkan selera makan. (Merupakan pencuci mulut yang terbaik untuk kanak-kanak)
  • Menguatkan fungsi paru-paru
  • Membunuh kumandan melegakan keradangan
  • Menguatkan kandungan wanita hamil
  • Menguatkan buah pinggang
  • Memelihara kecantikan kulit

(650g / 460ml)
Harga : RM 47.40  w.m
             RM 47.40  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Royal Propolis

Anti Radang dan Antibiotik Semula Jadi


Di dalam komuniti lebah, propolis adalah sejenis pelekat yang digunakan untuk memperkukuh dan melindungi sarang lebah daripada jangkitan bakteria dan virus. Propolis mengandungi protein, asid amino, vitamin, mineral dan nutrien seperti flavonoid yang menjadikannya sebagai makanan tambahan yang terbaik untuk meningkatkan kesihatan. Propolis mempunyai banyak manfaat kesihatan dan telah disahkan oleh banyak kajian saintifik

Kesan Utama :
  • Antibiotik semula jadi - meningkatkan keupayaan badan untuk menentang serangan bakteria
  • Agen anti radang semula jadi
  • Kesihatan mulut - membantu mengekalkan gusi yang sihat dan mengurangkan pembentukan plak
  • Meningkatkan sistem imun badan - mengurangkan jangkitan bakteria serta virus
  • Mencegah penuaan sel - mencegah kerosakan sel serta membantu pembinaan antibodi bagi melawan pelbagai penyakit
  • Menghapuskan bakteria, kuman dan kulat - Anti bakteria, kuman dan kulat untuk manfaat seluruh badan
  • Mengurangkan alahan serta menggalakkan detoksifikasi - berfaedah kepada sistem penghadaman dan organ hati 

(60 kapsul x 250mg)
Harga : RM 93.60  w.m
             RM 93.60  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Royal Pollen Plus

Sumber Tenaga


Debunga lebah adalah produk yang dikumpul oleh lebah pekerja daripada pelbagai jenis tumbuhan dan merupakan makanan kesihatan yang sudah lama diamalkan. Tamadun purba seperti Mesir dan Cina mengiktiraf debunga lebah sebagai produk kecantikan yang dikenali sebagai "sumber tenaga"

Kesan Utama :
  • Meningkatkan tenaga dan keaktifan - Debunga lebah kaya dengan Vitamin B kompleks. Ramai ahli sukan mendapati debunga lebah berkesan meningkatkan daya ketahanan, tenaga dan kepantasan
  • Pencegahan radang kelenjar prostat - Debunga lebah dipercayai boleh menghalang penguncupan otot, dengan itu memperbaiki masalah kencing bagi pesakit radang kelenjar prostat. Ia juga membantu masalah air kencing menitis
  • Meningkatkan kesihatan lelaki - Debunga lebah merangsang gonadotropin dan meningkatkan jumlah sperma serta mengekalkan kesihatan sperma

Manfaat-Manfaat Lain :
  • Sebagai penahan selera makan dan mengurangkan berat badan
  • Anti alahan
  • Merangsang keupayaan seksual, membantu masalah mati pucuk dan kemandulan
  • Membantu masalah asma
  • Mengurangkan keletihan

(60 kapsul x 300mg)
Harga : RM 75.60  w.m
              RM 75.60  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Friday, 28 September 2012

INILAH HARINYA


CNI Motobest Car Shampoo

Menggilap dan Membersih dalam 1 tindakan !!

CNI Motobest Engine Oil

Formulasi unik MAS untuk perlindungan dan prestasi optimum kenderaan anda !!





Gold Meal

Sarapan berkhasiat untuk menjamin kesihatan



Sarapan adalah waktu makanan yang paling penting dalam sehari. Sarapan yang lengkap dan berkhasiat memadai untuk memenuhi keperluan tenaga kita. Walau pun terdapat pelbagai jenis minuman bijirin segera dipasaran, adakah kesemuanya boleh memberikan khasiat yang lengkap? 

Nikmatilah CNI Gold Meal, kerana ia membekalkan nutrien yang lengkap dan mencukupi, serta sesuai diminum oleh semua golongan.

Kesan Utama

Membekalkan pelbagai zat berkhasiat
  • Mengandungi pisang yang membekalkan kalium (potassium), serat larut air dan tenaga
  • Serat larut air dan serat manna yang terbaik
  • Diperkaya dengan kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6
Mengurangkan paras kolesterol
  • Kaya dengan bijirin dan oat yang berkesan mengurangkan kolesterol, membantu peredaran darah, mengrangkan insiden penyakit jantung, dan menguatkan sistem imun
Meningkatkan kesihatan gastrousus
  • Kaya dengan inulin dan oligosakarida bagi meningkatkan kesihatan gastrousus
  • Mengandungi serat manna yang merupakan unsur terbaik untuk membantu pencernaan

Sunday, 23 September 2012

Well3

Organik Vegetable Powder





Organik adalah makanan kesihatan dari Amerika Syarikat yang diperbuat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran organik yang bebas pencemaran. Setiap ramuan melalui proses pengeringan dan pensterilan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan membekalkan nutrien yang sempurna kepada tubuh badan kita. Ia membantu proses detosifikasi dan pembersihan usus.

Kesan Utama
  • Membersih usus dan menyingkirkan toksin untuk meningkatkan kesihatan badan
  • Merangsang pergerakan usus dan mengurangkan tempoh najis berada di usus untuk mencegah masalah sembelit dan buasir
  • Mencegah kanser kolon
  • Membantu pengawalan berat badan
  • Mengawalatur paras gula darah
  • Mengurangkan paras kolesterol untuk mencegah aterosklerosis
  • Membantu pengawalaturan tekanan darah

(15 stick x 8g)
Harga : RM 55.20  w.m
              RM 55.20  e.m

(460g)
Harga : RM 199.20  w.m
              RM 199.20  e.m
 
 
      
Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.


Life Enzyme

Tiada Enzim, Tiadalah Kehidupan!!


Tubuh manusia bergantung kepada enzim-enzim dengan fungsi yang berbeza untuk sintesis, penguraian, transformasi atau pemindahan, dalam mengekalkan pertumbuhan dan kesinambungan kehidupan.

Jumlah enzim dalam tubuh badan menentukan indeks kesihatan kita. Jika kekurangan enzim, tindak balas biokimia tidak dapat dijalankan, nutrien-nutrien utama (karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral) dalam makanan tidak dapat diurai dan diserap; toksin dan sisa dalam badan tidak boleh diurai dan disingkirkan; sel-sel badan yang rosak tidak dapat dibaiki; vitamin, mineral dan nutrien tidak dapat menjana sel baru dan seterusnya kehidupan akan terhenti. Maka jika tiada enzim, bermakna tiadalah kehidupan


Kesan Utama

Memulihara persekitaran dalaman tubuh badan
- mengimbangkan pH darah supaya cenderung beralkali lemah, menjaga persekitaran dalaman badan,  meningkatkan daya ketahanan badan serta mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh.

Penghadaman & penyerapan
- menguraikan nutrien bermolekul besar dan kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas supaya mudah diserap dan digunakan oleh sel-sel badan. Ia merupakan penentu kelancaran sistem penghadaman dan penyerapan tubuh badan

Antiradang & Antibakteria
- radang berlaku apabila sel-sel yang tercedera diserang oleh bakteria. Enzim akan merangsang dan meningkatkan funsi sel-sel darah putih untuk memulihkan sel-sel yang tercedera. Kandungan peptidase dalam enzim mampu memberikan kesan antiradang dan antibakteria  yang baik

Menyahtoksin
- enzim mampu menyingkirkan sisa toksin dalam badan, menguraikan nanah dan kotoran (toksin) pada luka atau salur darah untuk disingkirkan dari badan melalui organ penyahtoksin

Membersihkan darah
- enzim berperanan melambatkan tempoh pengoksidaan kolesterol untuk mengelakkan pengumpulan kolesterol pada dinding saluran darah, menguraikan asid furik, lemak serta mencegah trombosis bagi melancarkan peredaran darah

Pembentukan sel-sel baru
- enzim boleh meningkatkan kadar metabolisme dan menghasilkan sel-sel baru, pada masa yang sama ia juga menyembuh dan menyegarkan semula sel-sel rosak

Mereka Kembali Sihat Kerana Enzim!


Sesuai Untuk Masalah Kesihatan :

Sistem Peredaran Darah
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Strok
  • Jantung berdebar-debar, sakit dada
  • Kebas tangan dan kaki
  • Tekanan darah rendah, anemia
Sistem Pencernaan
  • Perut kembung
  • Masalah penghadaman
  • Gastrik
  • Kegemukakan (obesiti)
  • Buah pinggang lemah
Sistem Pembiakan
  • Kehamilan
  • Kemandulan
  • Selepas bersalin
  • Keputihan, keradangan faraj
  • Lemah syahwat (lelaki)
  • Keradangan pundi kencing
Sistem Saraf
  • Insomnia (susah tidur malam)
  • Kelesuan mental
Sistem Imun
  • Kulit sensitif
  • Meningkatkan daya ketahanan
  • Kepanasan badan
  • Pencegahan kanser
  • Resdung sensitif
  • Kecederaan dalaman
Sistem Pernafasan
  • Asma
Kulit & Kecantikan
  • Jeragat
  • Lingkaran hitam mata
  • Radang kaki (kaki atlet)
Sistem Rangka & Otot
  • Rheumatism, artritis
  • Sakit pinggang dan belakang
Sistem Endokrin
  • Hipertiroidisme, Hipotiroidisma
  • Kencing manis
  • Migrain
  • Bau badan, bau ketiak
(15 stick x 4 g)
Harga : RM72.00  w.m
              RM 76.00  e.m

(30 stick x 4 g)
Harga : RM 144.00  w.m
              RM 149.00  e.m
 
 
      
(4x30 stick x 4 g)
Harga : RM 552.00  w.m
              RM 567.00  e.m



Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Lyophilized Royal Jelly




Royal jelly merupakan intipati yang dikutip oleh lebah pekerja. Ia dikeluarkan dari kelenjar farinks pada bahagian kepala lebah pekerja yang memakan madu dan lebah debunga. Royal jelly juga adalah makanan berkhasiat tinggi eksklusif untuk ratu lebah sepanjang hayatnya. Inilah rahsia ratu lebah yang mampu menghasilkan sehingga 3,000 biji telur sehari dan mempunyai tempoh hayat sehingga 40 kali ganda lebih lama berbanding lebah biasa.

Kenapa kita perlu mengamalkan royal jelly?

Sebenarnya komposisi royal jelly tidak dapat dihasilkan oleh manuasia dan ia mengandungi lebih 100 nutrien yang sesuai untuk semua orang terutamanya kanak-kanak serta wanita, dan boleh meningkatkan pertumbuhan tisu-tisu, menggalakkan pembentukan otot dan sel-sel baru.

Kesan Utama
  • Melambatkan proses penuaan, meningkatkan tenaga dan kecantikan
  • Anti penuaan, mengekalkan keanjalan otot, kelembapan dan kelicinan kulit serta mencegah kedutan
  • Mengandungi pelbagai hormon yang membantu mengawalatur sistem tubuh dan saraf serta merangsang metabolisme
  • Melegakan simptom pramenopaus, ketidakselesaan haid, sindrom prahaid, kekejangan, keletihan dan kemurungan semasa mengandung
  • Meningkatkan rembesan hormon testosteron dan hormon estrogen. Boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan keupayaan wanita untuk hamil
  • Merangsang otak dan mencegah penuaan sistem saraf pusat
  • Berkesan menghalang pertumbuhan tumor
  • Mengawalatur sistem pernafasan
  • Meningkatkan sistem imun dan mencegah jangkitan
  • Mengawalatur glukosa darah dan membantu masalah penyakit kencing manis

(15 stick x 500mg)
Harga : RM 46.20  w.m
              RM 46.20  e.m

(30 stick x 500mg)
Harga : RM 87.60  w.m
              RM 87.60  e.m
 
 
      
Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Ester - C

Perlindungan kesihatan yang komprehensif


Hari ini, hasil penyelidikan telah berjaya menghasilkan vitamin generasi ke-3 digelar Ester-C yang mampu mengatasi kekurangan vitamin C sebelum ini. Variasi vitamin C ini merupakan satu-satunya formulasi yang digabungkan bersama threonate yang dapat meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin C ke dalam sel-sel. Threonate tidak terdapat dalam kalsium ascorbate dan asid asborbik biasa

Kesan Utama
  • Meningkatkan daya imunisasi, merangsang penghasilan sel-sel pertahanan dan antibodi. Berkesan menentang jangkitan bakteria, virus, kulat dan seumpamanya serta mengurangkan gejala alergi
  • Memberikan perlindungan anti-pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
  • Memperkuatkan tisu penghubung, anti-penuaan, mempercepatkan pemulihan luka, meneguhkan struktur sendi dan mengekalkan keanjalan salur darah
  • Meningkatkan penyerapan mineral, menukarkan zat besi kepada bentuk yang mudah diserap. Membekalkan kalsium tambahan kepada tubuh dan mengaktifkan asid folik dalam tubuh
  • Mengurangkan stres, merangsang penghasilan hormon-hormon anti-stres dan mengawalatur sistem saraf pusat

(60 biji x 875mg)
Harga : RM 56.40  w.m
             RM 56.40  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.

Cendawan Susu Harimau



 
Andainya suatu masa dahulu, cendawan susu harimau sukar diperolehi menyebabkan harganya sangat mahal (RM200 - RM400 setiap cendawan) dan tidak ramai yang mengenalinya, namun dengan teknologi terbaru teknik pengkulturan dalam persekitaran terkawal, kini ia boleh dinikmati ramai untuk membersih, menguat dan melindungi sistem pernafasan terutamya paru-paru.

Manfaat cendawan susu harimau telah dikenalpasti menerusi lebih 2,000 testimonial dapat melegakan simptom asma, menyokong kesihatan sistem pernafasan, melegakan batuk kronik, melegakan sakit sendi termasuk disebabkan oleh demam denggi, memperbaiki tenaga dan stamina dan memperbaiki kualiti hidup pesakit kanser.

Kesan Utama

Menunjukkan aktiviti antiradang
  • Lelah atau simptom alahan kebanyakkannya berkaitan dengan keradangan kronik (berterusan/jangka panjang) pada sesetengah bahagian badan. Cendawan susu harimau menunjukkan aktiviti antiradang yang mampu meringankan simptom ini
Menguatkan Imuniti
  • Polisakarida cendawan susu harimau merangsangkan penghasilan sel imun manusia yang seterusnya akan menguatkan imuniti badan
Mempunyai aktiviti antitumor
  • Polisakarida cendawan susu harimau mampu merencat pembiakan sel-sel kanser dan mencapai kesan antitumor

Sesuai Untuk
  • Antiradang dan mengurangkan alahan
  • Memperbaiki sistem pernafasan dan mengurangkan kahak
  • Membantu mengatasi masalah alahan kulit
  • Meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kanser
  • Mengurangkan simptom-simptom asma
  • Meredakan batuk yang kronik
  • Meningkatkan tenaga dan stamina

(30 kapsul)
Harga : RM 119.00  w.m
             RM 119.00  e.m

Untuk mendapatkan harga istimewa sila ke sini.